Make your own free website on Tripod.com

Home

BULETIN TMS

 


PERKONGSIAN ILMU BERSAMA YBhg. USTAZAH SITI NOR BAHYAH & YBhg. USTAZ WAN AKASHAH

Pada 4 Jun 2007, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Tengku Mariam telah mengadakan Majlis Perkongsian Ilmu Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah sempena Jubli Emas TMS.  Majlis telah diadakan di Dewan Jubli Intan dan dihadiri kira-kira 300 orang ibu bapa dan guru. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Uztaz Che Wan Syuhairidhwan telah mengupas pelbagai isu tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleks (JERI). 


PROGRAM PERKAMPUNGAN JOM 5A

Seramai 44 orang murid tahun 6 SK Tengku Mariam telah terpilih untuk mengikuti Program Perkampungan Jom 5A anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat selama 3 hari mulai 29 hingga 31 Mei 2007. Murid-murid ini telah ditempatkan di SMK(P) Temenggong Ibrahim, SMT Batu Pahat, SMK Tun Aminah dan SMK Sri Gading. Sepanjang perkampungan ini, murid-murid didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan kertas UPSR oleh Guru Pakar. Adalah diharapkan murid-murid dapat manfaat daripada perkampungan ini dan dapat berkongsi pengalaman dengan rakan yang lain. 


KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PMU) PERINGKAT NASIONAL KE-11

Pada 26 Mei 2007, ahli Kelab Didik Bistari SK Tengku Mariam telah dijemput oleh Johor Corporation untuk menghadiri Konvensyen Program Usahawan Muda Nasional di Persada Johor, Johor Bahru. Dalam konvensyen ini, murid telah mendengar ceramah keusahawanan iaitu Financial Intelligence oleh Abang Abu dan Ceramah Keusahawanan daripada Tuan Haji Johari Maarof. Selepas itu, ahli kelab di bawa melawat ke Ekspo Keusahawanan di Plaza Kotaraya untuk melihat peserta PMU dari seluruh negara menjalankan aktiviti perniagaan di gerai-gerai yang disediakan.  


JOGATON AMAL JUBLI EMAS

Pada 19 Mei 2007, Jogaton Amal Jubli Emas SK Tengku Mariam telah di adakan dengan jayanya. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu murid, ibubapa ngo dan terbuka. Program ini telah dirasmikan oleh YB En. Koh Chee Chai (Adun Penggaram) dan telah berjaya mengutip RM 96 000. Hasil kutipan jogaton ini akan digunakan untuk pembinaan dewan terbuka. Klik icon di bawah untuk melihat gambar.


TAHNIAH DEWI GEMILANG

Sekalung tahniah kepada Dewi Gemilang, pasukan koir SK Tengku Mariam yang mewakili daerah Batu Pahat telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Koir Sekolah Rendah, di Karnival Seni Negeri Johor. Karnival Seni Negeri Johor ini telah berlangsung di SMK Parit Bunga, Muar pada 19 Mei 2007. Semoga pasukan ini akan terus gemilang pada pertandingan akan datang.


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 16 Mei 2007, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah di adakan dengan suasasa meriah dan harmoni. Sambutan ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi untuk membacakan perutusan rasmi daripada menteri dan ucapan guru besar. Ini diikuti dengan nyayian lagu Guru Malaysia dan Ikrar Guru oleh semua guru SKTM  yang diketuai oleh En Azhar, Pengerusi Badan Kebajikan Bilik Guru. Selepas itu sukaneka antara guru telah diadakan. Acara-acara yang dipertandingkan ialah memasukkan jarum dalam benang, menganyam ketupat, baling belon dan menghias murid menggunakan surat khabar. Selesai sukaneka, jamuan bersama murid di kelas diadakan dan diikuti jamuan guru di kantin. Semasa jamuan guru, pihak sekolah telah menjemput bekas guru-guru SK Tengku Mariam yang telah bersara untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Klik icon di bawah untuk melihat gambar.


HARI TERBUKA TAHUN 6 & SESI MOTIVASI MATEMATIK

Pada 25 April 2007, pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka Tahun 6 untuk ibubapa mengetahui perkembangan dan prestasi subjek UPSR. Dalam perjumpaan ini, ibubapa bukan sahaja berjumpa dengan guru kelas  tetapi guru setiap subjek untuk mengetahui lebih lanjut tentang anak mereka. Dalam masa yang sama, murid tahun 6 terlibat dengan Sesi Motivasi Matematik bersama Dr. Sulaiman Daud di Dewan SK Pendidikan Khas.


KURSUS ORIENTASI DIDIK BISTARI TAHUN 2007

Pada 14 - 15 April 2007 seramai 10 orang ahli Kelab Didik Bistari (MyTMS.Biz) telah menjalani Kursus Orientasi Didik Bistari di SK Banang Jaya. Kursus ini telah memberi pendedahkan kepada ahli kelab tentang asas ilmu bisnes melalui beberapa aktiviti dan ceramah. Selain itu juga, Fairuz Najihah Bt Kamarudin telah mewakili peserta perempuan berucap dalam Majlis Penutupan Rasmi yang telah dihadiri oleh Pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Johor Corporation. Selepas ini mereka akan menjalankan aktiviti bisnes di sekolah. Adalah diharapkan anda dapat memberikan sokongan kepada mereka.


TAHNIAH PASUKAN MENEMBAK TMS

Sekalung tahniah kepada Nur Tahrina Md. Khairi kerana menjadi Johan dalam Pertandingan Menembak dalam Program Mencari Juara pada 14-15 April 2007 di Lapang Sasar Jalan Tajong Laboh. Program ini anjuran Persatuan Menembak Negeri Johor,  Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negri Johor, Majlis Sukan Daerah Batu Pahat dan PLN-Johor.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

13 April 2007- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya di Dataran SK Tengku Mariam telah bersama dengan SK Pendidikan Khas. Pada tahun ini, tiga Anugerah Maulidur Rasul telah diperkenalkan dalam majlis tersebut iaitu Anugerah untuk Ibubapa, Anugerah untuk Guru dan Anugerah untuk Murid. Terima kasih atas segala sumbangan dan sokongan yang telah diberikan untuk menjayakan majlis tersebut.


MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT DAERAH

Sekalung tahniah kepada pasukan kuiz sekolah kerana memperolehi Naib Johan pada Majlis Tadarus Al Quran peringkat daerah di SK Banang Jaya pada 29 Mac 2007 dengan perbezaan 1 mata sahaja. Mereka terdiri daripada Najihah Haroon, Raja Aminah Maisarah Raja Badlishah, Farahani Arifin dan Raqryza Mardheyah Abd Latif.  Selain itu juga, Fairuz Najihah Kamarudin juga memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan Tahfiz dalam majlis tersebut. 


TOKOH NILAM SEK. REN NEGERI JOHOR

Tahniah kepada Fairuz Najihah Bt Kamarudin kerana telah dianugerahkan Tokoh Nilam Sek. Ren Negeri Johor tahun 2007. Selain itu juga beliau Johan Kategori Sek. Ren. Bandar Negeri Johor. Kejayaan ini adalah sempena dengan Anugerah Nilam dan Khemah Membaca yang telah diadakan di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada 6-10 Mac 2007. Untuk Rekod, SK Tengku Mariam telah memegang rekod tiga tahun berturut-turut. Sementara itu, beliau telah berjaya mendapat tempat keempat di peringkat kebangsaan yang di adakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 23-28 April 2007.


BENGKEL AUTONOMI SEKOLAH KLUSTER

Pada 19-20 Mac 2007, Guru Besar, 2 orang wakil guru, seorang wakil alumni dan YDP PIBG telah menghadiri Bengkel Autonomi Sekolah Kluster di Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah disertai 69 buah sekolah seluruh negara. Tujuan bengkel ini diadakan, adalah untuk mengetahui pandangan dan cadangan tentang autonomi yang perlu diberikan kepada Sekolah Kluster daripada stakeholder. 5 Aspek telah dibincangkan iaitu Kurikulum, Kokurikulum, Pengurusan Sekolah, Pengurusan Sumber Manusia dan Sumber Fizikal dan Pengurusan Sumber Manusia. Dalam bengkel tersebut, En Hairunizat Miswadi telah mewakili guru-guru sekolah rendah membentangkan hasil perbincangan semasa Sidang Pleno. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Kluster sila klik icon di bawah ini.


PENAFIAN:
SK Tengku Mariam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.