Make your own free website on Tripod.com

Home Up

SEKOLAH KLUSTER

 


LATAR BELAKANG

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yant telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang makanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN. Tinjuan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara adalah berasakan lokaliti ataupun kecemerlangan


DEFINASI

Sekolah Kluster ialah jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah-sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

KRITERIA SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan Sekolah Kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
• Sekolah Rendah (SK, SJKT, SJKC, SOA)
• Sekolah Menengah (SBP, SMT, SMKA, SMH, SMK)
• Sekolah Pendidikan Khas (SKP, SMPK, SMPKV)
• Institusi Lepasan Menengah (Kolej Matrikulasi, IPG)
• Sekolah Swasta dan Sekolah Antatabangsa)

Kecemerlangan sekolah tersebut diukur dari aspek:
• Kecemerlangan murid:
    - Akademik
    - Kokurikulum
    - Sahsiah
• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
• Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan
• Keberkesan pelaksaan program Kementerian Pelajaran Malaysia
• Sekolah Berwatak
 

JAWATANKUASA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep Sekolah Kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
a. Jawatankuasa Pemilihan Sekolah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
b. Lembaga Penasihat dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Wira Abd. Rahman bin Arshad.
c. Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Bahagian Sekolah)


PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pengurusan Sekolah Kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan Sekolah Kluster.

Pemimpin Sekolah Kluster ialah mereka yang bercirikan pemimpin cemerlang. Begitu juga guru yang mana mereka perlu memenuhi kriteria Guru Cemerlang. Dalam memastikan sekolah mencapai tujuan penubuhannya, autonomi tertentu diberi kepada pemimpin sekolah. Pemberian autonomi terpimpin ini diiringi dengan akuantabiliti.

Dalam memastikan Sekolah Kluster sentiasa meningkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di Sekolah Kluster akan menggunakan mekansme kawalan luaran dan kawalan dalaman. Pelaksanaan Sekolah Kluster akan menampakkan peningkatan peranan yang dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, alumni dan NGO dalam aspek tertentu dalam pengurusan sekolah.


Dipetik daripada:
Buku Program – Program Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Bertempat di Dewan Pleno, Kuala Lumpur Convention Centre,
Pada 30 Mac 2007 (Jumaat)


30 BUAH SEKOLAH KLUSTER KUMPULAN PERTAMA

1)   SK Infant Jesus Convent, Johor

2)   SK Pengakalan Tereh, Johor

3)   SJKC Keat Hwa, Alor Star

4)   SJKT Simpang Lima, Klang

5)   SKPK Alma, Pulau Pinang

6)   Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

7)   Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor

8)   SMK (P) Sri Aman, Selangor

9)   Kolej Tunku Kursiah, , Negeri Sembilan

10) SMT Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan

11) Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

12) SMK Gunung Rapat, Perak

13) SK Sultan Idris 2, Perak

14) SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan

15) SK Zainab 2, Kelantan

16) SMK Penang Free, Pulau Pinang

17) SMKA Al-Manshoor, Pulau Pinang

18) SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

19) SMK Victoria, Kuala Lumpur.

20) SMK St. John, Kuala Lumpur.

21) SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

22) SMK Sultanah Asma, Kedah

23) SMK Abdul Rahman Talib, Pahang

24) SMK Derma (B), Perlis

25) SMT Tawau, Sabah

26) SK Sri Gaya, Sabah

27) SK Ulu Lubai di Limbang, Sarawak

28) SMKA Sheikh Abdul Malek, Terengganu

29) SMK Sultan Sulaiman, Terengganu

30) SMKA Sharifah Rodziah, Melaka

 


PENAFIAN:
SK Tengku Mariam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.