Make your own free website on Tripod.com

Home

TENTANG TMS

MISI DAN VISI
PIAGAM PELANGGAN
LENCANA TMS
LAGU TMS
DOA HARIAN

 


IMBASAN SEJARAH SK TENGKU MARIAM

'PRIMARY GIRLS SCHOOL' telah ditubuhkan pada 8 September 1957 bertempat di sebuah lembah kecil di hujung Jalan Lim Yew Leong,Batu Pahat. Ini merupakan hadiah istimewa bagi Daerah Batu Pahat bersempena dengan kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.

Tanggal 1 Mac 1958, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Datin Maznah binti Dato’ Awang iaitu isteri kepada Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat pada ketika itu. Dalam majlis perasmian tersebut,`Primary Girls School` telah diubah kepada `Tengku Mariam School` bersempena nama bonda saudara Sultan Johor sekarang. Tengku Mariam adalah puteri Sultan Johor yang kedua,Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sewaktu sekolah ini ditubuhkan, sekolah ini hanya mempunyai empat bilik darjah,lapan orang tenaga pengajar dan tiga ratus enam puluh lima orang murid. Pada tahun 1959,dua buah bilik darjah dibina.Pada tahun 1962 ditambah pula dengan dua bilik darjah lagi serta sebuah klinik gigi. Untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai,enam buah bilik darjah dan sebuah kantin telah dibina pada tahun 1971. Pada tahun 1987,sebanyak lima buah bilik darjah telah dibina lagi. Pada tahun 1989 dan 1991 pengubahsuaian tandas dan kantin telan dilakukan.

Memandangkan semakin hari semakin ramai murid mendaftar di sekolah ini,maka pada tahun 1997 projek membina sebuah bangunan empat tingkat dimulakan. Pada tahu 2000 bangunan ini telah siap dibina dan dapat digunakan sepenuhnya. Bangunan ini terdidi daripada enam bilik darjah,bilik sumber,sebuah bilik mesyuarat,sebuah bilik komputer dan sebuah Bilik Sukan. Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam kini mempunyai enam blok bangunan,sebuah surau dan sebuah kantin.

Sejak penubuhan sekolah ini,pelbagai kemajuan pesat dari segi akademik telah dicapai. Prestasi pelajarnya amat cemerlang dalam setiap peperiksaan telah menjadikan ramai bekas pelajarnya menjawat jawatan yang membanggakan. Sehingga kini kejayaan demi kejayaan yang dicapai dengan cemerlang telah meletakkan SK Tengku Mariam di antara sekolah yang terbaik dan terkenal di Malaysia.


PENAFIAN:
SK Tengku Mariam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.